Pengikut

Showing posts with label Eabha :). Show all posts
Showing posts with label Eabha :). Show all posts

Monday, October 3, 2011

Sastera Tuhan

Mata yang dua,
adakalanya terpejam bukan hanya pada zahir,
pejam tak kira usia,
butan tak kira iman,
pejam kerana leka,
buta kerana sombong.

Tiada terbaca ,
seninya sastera Tuhan,
bahasa halus dan indah,
tak pernah sia2.
setiap kejadian dan peristiwa,
terisi teladan

Pada kesukaran menujah,
terselit cerita tentang syukur.
ketika dihujani makian,
turun bersamanya kisah sabar,
saat siang berganti malam,
dilagukan tentang alam yang tak pernah kekal.

Apakah terbaca ,
uniknya bahasa tuhan?
betapa bijaksananya Dia,
menyelitkan sasteranya pada setiap peristiwa,
apakah terbaca?

Sunday, October 2, 2011

Di hujung pena

Aku berlari dan bertanya,
Suara ku, dimanakah suara ku?
Suara yang sepatutnya menjadi penyudah,
Pada hasrat dan niat yang tidak terzahir?

Gugup dan gementar,
Melontar seluruh keyakinan,
Lantas bagaimana nak ku khabarkan bicara hati?

Akhirnya,
Hanya di meja aku berani bersuara,
Di atas kertas aku handal berbicara,
Suara yang melaung2 di dasar hati,
Hanya mampu kuzahirkan,
Di hujung pena.

Wednesday, May 4, 2011

Tak Seindah Wajah

Tan Sri SM.Salim-Tak Seindah Wajah

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Lagu ni mesej dia dalam gila.. cuba-cubalah hayati.. :)
http://www.youtube.com/watch?v=fCL_t-RzYBY